Uploader: Joseph
Country: Czech Republic
Uploaded: Jun 12, 2018
Price: Free

Please, verify you are not robot to load rest of pages

download panduan mengerjakan umrah pdf

Panduan Mengerjakan Umrah
PANDUAN MENGERJAKAN
UMRAH
Disusun oleh : Ust Jamaluddin bin Hashim
Pensyarah Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam,
)
(
133
Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Surah Yasin dan Amalan Pilihan
133
Panduan Mengerjakan Umrah
PENGERTIAN UMRAH
Menurut bahasa : ziarah atau berkunjung. Menurut istilah syarak : mengunjungi baitullah (Kaabah) untuk
mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.
HUKUM MENGERJAKAN UMRAH
Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada
dalil-dalil berikut :
1- Firman Allah swt:

Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.
2- Hadith Aisyah r.a :
Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?” Jawab Baginda S.A.W:
“Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji
dan umrah”.

                      
muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat
kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah afdal
menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang muslim.
KELEBIHAN MENGERJAKAN UMRAH
Umrah adalah sunat dilakukan berulang kali terutama sekali pada bulan Ramadan. Ini berdasarkan kepada hadithhadith berikut :
Maksudnya : Daripada satu umrah ke satu umrah adalah penghapus dosa antara keduanya
Surah Yasin dan Amalan Pilihan
134
Panduan Mengerjakan Umrah

Maksudnya : (Melakukan) satu umrah di bulan Ramadhan adalah menyamai (pahala) melakukan sekali haji
WAKTU MELAKUKAN UMRAH
Umrah boleh dilakukan sepanjang tahun selain daripada masa seseorang itu berada dalam ihram haji sehingga dia
selesai melakukan kerja-kerja haji tersebut
RUKUN-RUKUN UMRAH1 :
1. Berniat ihram 2. Tawaf
3. Saie
4. Bergunting atau bercukur
5. Tertib
WAJIB-WAJIB UMRAH2 :
1. Berniat ihram di miqat3
2. Meninggalkan pantang-larang ihram.
PERSIAPAN UNTUK MELAKUKAN UMRAH
1. Jemaah umrah dari Malaysia masuk ke Tanah Haram Mekah melalui dua jalan :
i. Malaysia ke Madinah ke Mekah
ii. Malaysia ke Mekah
1
Dalam Bab Haji dan Umrah istilah rukun bermaksud perkara-perkara yang mesti dilakukan. Jika tidak dilakukan, umrah menjadi tidak sah.
Dalam Bab Haji dan Umrah istilah wajib bermaksud perkara-perkara yang mesti dilakukan. Jika tidak dilakukan, umrah tetap sah, akan tetapi
wajib ke atas orang yang meninggalkan perkara-perkara tersebut menyempurnakan dam.
3
Miqat bermaksud ketentuan tempat (miqat makani) atau masa (miqat zamani) untuk berniat ihram umrah. Miqat zamani umrah iaitu masa
untuk melakukan umrah telah dijelaskan di bawah tajuk : “Waktu Melakukan Umrah”, manakala tentang miqat makani umrah, akan dijelaskan
selepas ini.
2
135
Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Surah Yasin dan Amalan Pilihan
135
Panduan Mengerjakan Umrah
2. Sebelum memakai pakaian ihram, jemaah hendaklah bersiap-siap melakukan perkara-perkara sunat4
berikut :
i. Memotong kuku;
iii. Mengandam misai,
janggut dan rambut.
ii. Menanggalkan bulu ketiak, ari-ari.
iv. Mandi sunat ihram. lafaz niat:
Maksudnya : Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala
v. Memakai minyak rambut
vi. Memakai bau-bauan di tubuh sahaja tidak pada pakaian ihram.
Bagi wanita guna bauan yang kurang kuat baunya atau sekurangkurangnya memakai penghilang bau ketiak.
PERHATIAN :
i. Perkara-perkara ini juga sunat dilakukan oleh wanita yang berada dalam keadaan haid.
ii. Perkara-perkara ini sunat dilakukan di miqat5. Bagi jemaah umrah yang masuk ke Mekah melalui Madinah,
sunat melakukan perkara-perkara ini di Miqat Bir Ali6. Bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia,
perkara-perkara sunat ini dilakukan di mana-mana tempat sebelum menaiki pesawat.
3. Selepas melakukan perkara-perkara sunat tersebut, jemaah wajib memakai pakaian ihram. Pakaian ihram
sunat berwarna putih.
i.
Bagi lelaki ialah dua helai kain lepas : sehelai dipakai untuk menutup auratnya antara pusat dan lutut dan
sehelai lagi dibuat selendang untuk menutup bahagian atas badan.
ii. Bagi wanita ialah pakaian yang menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. pastikan
jemaah wanita memakai sarung lengan, stokin yang tebal dan kain tudung yang mempunyai alas dagu
4
Istilah sunat bermaksud adab-adab yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi melengkapi kerja-kerja umrah.
Maksud miqat di sini ialah tempat yang telah ditentukan syarak untuk berniat ihram. Miqat-miqat tersebut ialah seperti
berikut:
1. Zul Hulayfah / Bir Ali (450KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari arah Madinah.
2. Juhfah (187KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari Mesir, Maghribi dan Syam.
3. Yalamlam (89KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari Yaman.
4. Qarn Manazil (94KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari arah Najd seperti Malaysia, Indonesia dan lain-lain.
5. Zat Irq (94KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari arah Iraq, Iran dan lain-lain.